Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia akan teruskan projek RTS link, kos dikurangkan kepada $1 bilion

NUR ADILAH MAHBOB,adilaham@sph.com.sg,Dari Johor Bahru

Oct 31, 2019 | 05:14 PM



Malaysia akan meneruskan rancangan projek Sistem Transit Laju (RTS) Link dengan kos yang dikurangkan kepada RM3.16 bilion ($1.03 bilion).



Ini adalah penjimatan sebanyak RM1.77 bilion, atau 36 peratus lebih rendah berbanding kos awal RM4.93 bilion.



Ini diumumkan  Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru, pada Khamis (31 Oktober).



Dua negara itu telah menandatangani satu perjanjian tahun lepas untuk membina laluan MRT sepanjang 4 kilometer rentas sempadan dari Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar di Johor untuk mengurangkan kesesakan di Koswe.



Pada Mac lalu, Malaysia meminta lanjutan enam bulan untuk memberi jawapan kepada Singapura mengenai projek RM4 bilion ($1.3 bilion) itu.



Kemudian pada bulan Mei, dua negara itu bersetuju untuk menangguhkan RTS itu hingga 30 September.



Di akhir tempoh itu, Malaysia meminta tambahan sebulan hingga 31 Oktober.



Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan mereka pada Khamis berkata dalam tempoh penggantungan itu, ia telah menjalankan beberapa siri kajian dan semakan.



Satu ciri penting di dalam struktur projek RTS Link yang disemak semula adalah berkenaan "penglibatan pemaju dan pemilik tanah Bukit Chagar untuk membiayai dan membolehkan projek tersebut diteruskan dengan kos tanah yang dikecualikan".



Oleh itu, kerajaan Malaysia dapat mencapai penjimatan ketara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >