Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bakal mula proses vaksinasi lebih awal

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



SEPANG: Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Malaysia akan dimulakan awal dua hari iaitu pada Rabu berbanding seperti yang dijadualkan sebelum ini pada Jumaat ini.



Ini dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech pagi semalam.



"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, akan menjadi individu pertama yang menerima vaksin pada Rabu," katanya dalam sidang media.



Golongan guru dan pengamal media akan disenaraikan dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama lebih 200,000 barisan hadapan yang sudah berdaftar untuk menerima vaksin.



Menurut beliau, keputusan melaksanakan lebih awal program itu berbanding perancangan asal pada 26 Februari adalah mengambil kira tahap kesediaan tertinggi di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara terutama pada fasa pertama pelaksanaan.



"Sejumlah 271,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk fasa pertama ini dengan 57.3 peratus daripadanya adalah anggota kesihatan dan perubatan serta 42.7 peratus pula dalam kalangan anggota bukan kesihatan," ujarnya.



Encik Khairy berkata pihaknya menyedari terdapat banyak permintaan yang mahu dua golongan itu dimasukkan dalam fasa pertama yang akan bermula pada 24 Februari ini.



Encik Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata permintaan terbabit dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.



"Kami sudah meminta Kementerian Pendidikan menyenaraikan golongan guru yang berisiko tinggi untuk diberi vaksin terlebih dahulu dan perkara ini akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.



"Kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini," katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya



Encik Khairy berkata, sehingga kini, sebanyak 54 lokasi dijadikan pusat simpanan vaksin Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk empat di Johor, Selangor (enam), masing-masing dua di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta satu di Putrajaya.



Vaksin yang telah diakui keberkesanannya dan mendapat kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) itu diharap berjaya menampan rakyat daripada menjadi mangsa virus berbahaya itu.



Sebanyak 600 lokasi vaksinasi seluruh negara ditetapkan dengan tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan di setiap lokaliti atau kawasan.



Fasa pertama program imunisasi yang bermula Februari hingga Apr itu akan diikuti fasa kedua bermula Apr hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).



Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Feb tahun depan.



Pada 11 Januari lalu, perjanjian untuk penghantaran fasa pertama vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b ke seluruh negara dimeterai antara kerajaan, melalui KKM dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd.



Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) membabitkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan meliputi 20 peratus populasi dengan dua dos seorang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >