M'sia bakal umum PKP di KL, 4 negeri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia bakal umum PKP di KL, 4 negeri

May 3, 2021 | 5:30 AM

M'sia bakal umum PKP di KL, 4 negeri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
47cb37a2-a8f1-40c5-a2b5-febab41f8fc8
-

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka mengumumkan satu perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak mulai hari ini untuk mengekang penyebaran Covid-19, selepas bandar dan negeri-negeri tersebut melihat lonjakan kes dalam dua minggu lalu.

Akhbar The Star melaporkan bahawa PKP terbaru itu - yang ketiga sejauh ini - akan serupa dengan PKP yang dilaksanakan antara 11 Januari dan 26 Januari lalu di beberapa bahagian negara itu, yang membolehkan kegiatan ekonomi tetapi sekolah ditutup dan kegiatan sosial dan keagamaan tidak akan dibenarkan.

Difahamkan orang ramai juga tidak akan dibenarkan makan di restoran.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin berkata kerajaan sedang menyemak semula protokol Covid-19 yang ada sekarang, terutama di kawasan yang dilanda teruk seperti ibu kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya di negeri Selangor.

Beliau berkata tempat yang dikunjungi oleh sebilangan besar mereka yang didapati positif untuk Covid-19 akan diminta ditutup. - Xinhua/The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg