Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia belum putuskan status projek HSR KL-S'pura

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia belum memutuskan status projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan sama ada ia akan disambung semula atau sebaliknya, memandangkan ia masih di peringkat perbincangan awal.



Bahkan, Putrajaya masih menjalankan kajian mengenai sistem HSR yang lebih baik buat Malaysia, sama ada laluan itu harus berakhir di Johor Bahru atau di Singapura, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, di Parlimen semalam. Beliau berkata projek itu sebelum ini terbatal apabila perjanjian dua hala mengenai projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura luput pada 31 Disember 2020.



"Kajian ini adalah untuk memastikan sama ada laluan KL-JB atau KL-Singapura lebih baik dan mempunyai kesan limpahan ekonomi yang lebih baik. Ia telah berlangsung sejak Februari tahun ini dan apabila ia siap kita akan bawa ke Kabinet untuk perbincangan," terangnya. Menurutnya, salah satu halangan dalam melaksanakan projek itu ialah kemahuan Singapura untuk memastikan pewujudan syarikat Assetco.



"AssetCo adalah syarikat dimiliki pihak swasta dan dikawal selia bersama kerajaan Malaysia dan Singapura. Ia berfungsi sebagai pemilik sistem dan aset kereta api yang bertanggungjawab untuk membina, membiayai, menyelenggara sistem dan aset kereta api serta melaksana perolehan dan penyelenggaraan.



"Melalui model HSR 2.0 (Baru) dikemukakan kepada Singapura, Malaysia mencadangkan supaya AssetCo dimansuhkan. Cadangan ini tidak dipersetujui Singapura, dengan itu, perjanjian dua hala ditandatangani pada 13 Disember 2016 telah terbatal," jelasnya.



Datuk Mustapa berkata cadangan rundingan semula projek HSR KL-Singapura dibangkitkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Encik Lee Hsien Loong, pada 29 November lalu.



"Dalam maklum balasnya, Perdana Menteri Singapura terbuka untuk menerima cadangan baru dari Malaysia bagi projek HSR ini. Saya ingin menekankan, kemungkinan menghidupkan semula projek HSR KL-Singapura ini masih dalam perbincangan peringkat awal," katanya sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen, Encik Lim Guan Eng.



Datuk Mustapa juga menyangkal persoalan Encik Lim berhubung kos projek HSR itu boleh dikurangkan kepada RM50 bilion ($16.17 bilion), selain menyifatkannya sebagai tidak berbangkit.



Malah, beliau berkata berdasarkan anggaran Malaysia menerusi model dicadangkan, iaitu HSR 2.0 (Baru), kos projek jauh lebih rendah dengan kos cadangan HSR 1.0 dan HSR 2.0. Datuk Mustapa berkata kerajaan berpendapat projek itu masih berdaya maju dan berharap untuk mencuba dan melaksanakan landasan baru ke Johor Bahru jika kajian menunjukkan ia berdaya maju. Projek HSR dimulakan semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan kemudian digantung oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya umum 2018.



Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, Malaysia membayar Singapura RM320 juta sebagai pampasan bagi penamatan projek itu. - Malay Mail, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >