Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bentang rang larang lompat parti awal Julai

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-Undang) Malaysia, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.



Perkara itu, katanya, telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 Dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bilangan 6 Tahun 2022 yang dipengerusikan beliau yang memuktamadkan draf akhir RUU berkenaan.



Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memutuskan tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi pembentangan tersebut.



Dr Wan Junaidi ketika memaklumkan perkara tersebut berkata ia berdasarkan hasil pertimbangan terhadap beberapa faktor ketika sesi perbincangan bersama Perdana Menteri, antaranya penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan mesyuarat berkenaan.



"Penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi kedua-dua Dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), dijangka boleh digunakan untuk perkara lain seperti membantu kelangsungan rakyat.



"Secara keseluruhan, jumlah kos perlu ditanggung kerajaan adalah kira-kira RM1,077,600 ($337,381), tidak termasuk kos operasi, jika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.



Selain itu, Dr Wan Junaidi menjelaskan, ramai Ahli Parlimen menyertai lawatan ke luar negara hingga pertengahan Julai ini bagi mengikuti program anjuran Parlimen Malaysia yang tidak boleh ditangguhkan kerana ia membabitkan lain-lain pihak berkepentingan.



Sebagai contoh, katanya, dua Jawatankuasa Pilihan Khas akan ke luar negara pada awal bulan depan, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan.



Justeru, beliau berkata RUU terbabit akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mulai 18 Julai sebagaimana termaktub dalam takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum dimaklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaannya.



"Pembentangan RUU itu mengikut takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan datang ini, akan memberi masa mencukupi untuk ia diteliti oleh Ahli Parlimen sebelum dibahaskan.



"Perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika Mesyuarat Khas diadakan. Jika Mesyuarat Khas diadakan, ia hanya dapat diadakan pada pertengahan bulan depan memandangkan ketiadaan ramai Ahli Parlimen sebelum pertengahan Julai," katanya. - BHM, MalaysiaGazette.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >