Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M’sia: Budak 12 tahun lecur kena renjatan elektrik

Nov 17, 2023 | 04:22 PM



BAYAN LEPAS: Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun melecur hampir seluruh badan selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memasuki sebuah bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kampung Bukit, dekat Taman Sri Bayu, Pulau Pinang, Khamis petang.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, dikatakan memasuki bangunan milik TNB itu untuk mengambil bola miliknya dari dalam premis berkenaan.

Menukil laporan Berita Harian Malaysia, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Md Rodzi berkata, sepasukan anggota dari BBP Seri Balik Pulau dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan sekitar 4.45 petang, bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


“Setiba di lokasi, seorang kanak-kanak didapati melecur hampir seluruh badan. Mangsa ditemukan orang awam dan dibawa ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menggunakan ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Beliau berkata, maklumat awal mengatakan mangsa tersentuh peralatan elektrik di dalam bilik jana kuasa sebelum terkena renjatan.

Kes diserah kepada TNB untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap APM memaklumkan mangsa melecur sehingga 80 peratus dan dirawat di Zon Merah sejurus tiba di HPP.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian.

Kejadian itu dirakam beberapa video yang dimuat naik media sosial Khamis malam.

Salah satu video menunjukkan seorang budak lelaki yang kedengaran sedang menjerit apabila meninggalkan sebuah bangunan kecil yang dikelilingi pagar terletak dalam perkarangan satu kawasan kejiranan.

Budak itu kemudian bersandar di pagar tersebut dengan seorang lelaki dewasa kelihatan mendekatinya untuk menghulurkan bantuan.

Lelaki dewasa itu kemudian cuba membawanya keluar dari kawasan itu namun sebelum tiba di pintu pagar masuk kawasan itu, budak lelaki itu menjatuhkan dirinya ke atas lantai.

Dalam satu lagi video susulan, budak lelaki itu dilihat menangis sementara orang awam cuba menawarkan bantuan kepadanya.

TNB dalam kenyataannya di platform X yang terdahulu dikenali sebagai Twitter berkata ia mengambil maklum laporan insiden yang melibatkan remaja lelaki itu.

Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian, kata TNB.

Ia turut mengingatkan orang ramai bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan merbahaya.

Orang ramai perlu mengelak daripada memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran, katanya.

“TNB menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan keluarganya, dan berharap agar mangsa dapat menerima rawatan yang terbaik di hospital,” tambah syarikat jana kuasa negara itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >