Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia catat 28 kematian nahas jalan raya sewaktu Lebaran

May 05, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Suasana meriah menyambut Hari Raya Aidilfitri dirundung hiba apabila sejumlah 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara pada dua hari pertama Op Selamat 18 yang bermula pada 29 April lalu sempena Aidilfitri .



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata sepanjang tempoh 29 dan 30 April itu, sejumlah 3,987 kemalangan dilaporkan berlaku di serata negara.



Mengulas lanjut, 2,170 kemalangan direkodkan pada hari pertama Op Selamat dengan 10 kemalangan maut membabitkan 10 kematian.



Beliau berkata, pada hari kedua Ops Selamat - iaitu pada 30 April - sejumlah 1,817 kemalangan lagi direkodkan membabitkan 17 kemalangan maut dengan 18 kematian.



Tambah beliau, penunggang dan pembonceng motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 16 kematian, diikuti 11 pemandu dan penumpang kereta serta satu kematian pemandu van.



"Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 1,085 kes, diikuti Johor (503 kes), Kuala Lumpur (443 kes), Pulau Pinang (374 kes), Perak (364 kes), Kedah (194 kes), Pahang (190 kes) dan Negeri Sembilan (162 kes).



"Sementara itu, Melaka dan Kelantan masing-masing merekodkan 144 kes kemalangan, diikuti Sabah (129 kes), Sarawak (125 kes), Terengganu (77 kes) dan Perlis (23 kes)," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).



Datuk Razarudin berkata bagi kemalangan maut, Perak mencatatkan jumlah tertinggi dengan empat kes, diikuti Selangor, Pahang, Kelantan dan Sarawak masing-masing tiga kes, manakala Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor masing-masing dua kes.



Ada tiga lagi kes kemalangan maut, katanya - satu di Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka.



Dalam pada itu, beliau berkata, jalan bandaran mencatat jumlah kemalangan tertinggi dengan 767 kemalangan, diikuti jalan negeri dengan 364 kes), jalan persekutuan (340 kes) dan lebuh raya (211 kes).



Sementara itu, katanya, sebanyak 61,729 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan setakat ini, yang mana 31,591 saman dikeluarkan 29 April lalu dan 30,138 lagi pada keesokannya.



"Sepanjang Op Selamat 18 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memfokus pemeriksaan ke atas motosikal.



"Dalam tempoh dua hari ini, kita mengeluarkan 6,238 saman atas kesalahan tiada lesen memandu (1,106 kes), tiada topi keledar (532 kes), tiada cukai jalan raya (510 kes) serta ubah suai struktur kenderaan (448 kes)," katanya.



"Kesalahan lain dikesan termasuk tidak bawa lesen (311 kes), lesen tamat tempoh (125 kes) dan penunggang bawah umur (59 kes)," katanya.



Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, berkata negeri itu merekodkan 11 kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tempoh lima hari Op Selamat 18 dilancarkan.



"Pada hari ketiga Op Selamat 18 pula, tiga lagi kematian iaitu dua di Gua Musang dan satu di Bachok direkodkan, disusuli tiga lagi kematian pada hari keempat semalam (kelmarin) iaitu masing-masing satu di Pasir Mas, Tanah Merah dan Gua Musang," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >