Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia dalam rundingan "sangat sensitif" dengan Korea U

Mar 30, 2017 | 11:40 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menyatakan kerajaannya sedang mengadakan rundingan "sangat sensitif" dengan Korea Utara berhubung sembilan warganya yang dihalang negara itu daripada meninggalkan Pyongyang menyusuli pembunuhan Kim Jong-nam.



Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas oleh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik.



Tiga kakitangan kedutaan Malaysia dan enam ahli keluarga mereka kini terkandas di ibu kota negara komunis itu selepas kedua-dua negara memanggil pulang duta masing-masing dan melarang rakyat mereka untuk pulang ke tanahair masing-masing.



"Ini merupakan rundingan dengan sebuah pemerintah dan ia sangat sensitif," kata Datuk Seri Najib di sidang akhbar lewat malam tadi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.



"Apa yang penting untuk kita ialah hasilnya. Apa yang kita inginkan ialah rakyat Malaysia di Pyongyang berada dalam keadaan selamat dan kita mengekalkan imej Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang mendukung prinsip menuruti undang-undang.



Datuk Seri Najib berkata demikian sebelum beliau berlepas ke India bagi satu lawatan rasmi enam hari.



Mayat mendiang Jong-nam masih berada di sebuah hospital di Kuala Lumpur meskipun sebelum ini terdapat khabar angin ia telah dipulangkan.



Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu sidang akhbar berasingan, menyatakan, sebarang kenyataan Polis Diraja Malaysia berhubung isu kematian Kim Jong-nam hanya akan menganggu perancangan kerajaan dalam hal itu ketika ini.



Beliau berkata, ketika ini "sesuatu sedang berlaku" melibatkan isu berkenaan dan pihak media diminta bersabar.



Tan Sri Khalid meminta semua pihak media untuk memberi kerjasama sehingga perancangan yang dibuat selesai.



"Sesuatu sedang berlaku, bila sampai masa akan ada kenyataan yang akan dibuat. Mungkin bukan daripada saya tetapi daripada pihak lain.



"Sebarang kenyataan sekarang (isu Jong-nam) hanya akan menggugat perancangan yang sedang dirancang kerajaan," kata Tan Sri Khalid, yang enggan mengulas lanjut, selepas menghadiri majlis bingkisan kasih Orang Kota Bharu (OKB) bersama PDRM di mana beliau dianugerahkan Tokoh Satria Negara daripada Persatuan OKB. - AFP, mStar Online, The Star Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >