Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia fail semakan hukuman atas penceroboh Lahad Datu

Aug 23, 2016 | 04:18 PM



KUANTAN 22 Ogos - Jabatan Peguam Negara Malaysia telah mengemukakan notis rayuan supaya tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah dikenakan hukuman mati setimpal dengan kesalahan dilakukan mereka.



Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, jabatan itu berpandangan hukuman penjara tidak bertepatan dengan kesalahan dilakukan tertuduh.



Beliau berkata, notis rayuan berkenaan dikemukakan sehari selepas keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung Hian Guan pada prosiding di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah, 26 Julai lalu.



"Jika mengikut kepada peruntukan undang-undang (Seksyen 121 Kanun Keseksaan) mereka (tertuduh) boleh dihukum mati.



"Jadi kita merayu supaya dikenakan hukuman mati sekurang-kurangnya terhadap ketua-ketua mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Pendakwaan 2016 di sini semalam.



Pada 26 Julai lalu, sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat kerana melancarkan perang terhadap Yang di Pertuan Agong.



Hakim Hian Guan menjatuhi hukuman terhadap warga Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45 tahun; Basad H. Manuel, 41 tahun; Ismail Yasin, 76 tahun; Virgilio Nemar Patulada Alias Mohammad Alam Patulada, 52 tahun; Salib Akhmad Emali, 63 tahun; Al Wazir Osman, 61 tahun; Tani Lahaddahi, 63 tahun; Julham Rashid, 69 tahun; dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53 tahun.



Pertuduhan terhadap semua tertuduh mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.



Hakim Hian Guan turut menjatuhi hukuman penjara 18 tahun masing-masing terhadap Salib Akhmad, Al Wazir, Tani, Julham dan Datu Amir atas pertuduhan kedua menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas manakala Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun.



Turut disabitkan kesalah­an menganggotai kumpulan pengganas ialah Timhar Hadil, 39 tahun, dan rakyat tempatan Abd. Hadi Mawan, 52 tahun, masing-masing di­jatuhi hukuman penjara 15 tahun dari tarikh mereka ditangkap. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >