Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia, Filipina hadapi hampir 5,000 kes positif Covid-19

Apr 13, 2020 | 8:30 PM
SEMAKIN KURANG Peningkatan jumlah kes jangkitan baru di Malaysia semakin kurang dalam 10 hari yang lalu. FOTO: EPA-EFE
SEMAKIN KURANG Peningkatan jumlah kes jangkitan baru di Malaysia semakin kurang dalam 10 hari yang lalu. FOTO: EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini melaporkan 134 kes jangkitan koronavirus baru, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 4,817 orang, sedang negara itu menyaksikan kadar jangkitan menurun dalam tempoh 10 hari.

Ia juga melaporkan satu lagi kematian, seorang peserta satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling yang menjadi punca sepertiga kes positif di Malaysia, sekaligus meningkatkan jumlah korban ekoran virus itu kepada 77 orang.

Sehingga hari ini, Malaysia merupakan negara kedua punya jumlah kes tertinggi di Asia Tenggara, di belakang Filipina yang tadi melaporkan jumlah kes jangkitan mencecah 4,932 orang.

Kementerian Kesihatan Filipina juga telah melaporkan 18 kematian akibat virus tersebut dan 284 kes jangkitan baru.

Seramai 315 orang telah meninggal dunia akibat virus itu dan 45 pesakit telah pulih, sekaligus meningkatkan jumlah pesakit yang telah pulih kepada 242 orang. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg