Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia hadapi tekanan ekonomi, lebih ½j rakyat hilang pekerjaan akibat PKP

May 9, 2020 | 9:30 PM
DAFTAR PENDUDUK: Penduduk di sekitar Pasar Raja Bot di Kampong Bharu beratur bagi menjalani pemeriksaan Covid-19 di Kuala Lumpur, Malaysia. Negara itu membuka semula ekonomi buat pertama kali sejak 4 Mei lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu. Di bawah peraturan baharu, semua pekerja asing di tapak binaan, kilang, bangunan komersial dan restoran perlu menjalani pemeriksaan Covid-19.
DAFTAR PENDUDUK: Penduduk di sekitar Pasar Raja Bot di Kampong Bharu beratur bagi menjalani pemeriksaan Covid-19 di Kuala Lumpur, Malaysia. Negara itu membuka semula ekonomi buat pertama kali sejak 4 Mei lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu. Di bawah peraturan baharu, semua pekerja asing di tapak binaan, kilang, bangunan komersial dan restoran perlu menjalani pemeriksaan Covid-19. - - Foto: EPA-EFE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 520,000 rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan dalam tempoh tujuh minggu sejak negara itu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, yang menghalang warga meninggalkan rumah dan melarang perniagaan untuk beroperasi.

Disebabkan itu, ia memaksa kerajaan untuk memulakan semula ekonomi di bawah PKP bersyarat, kata Menteri Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Sekarang Malaysia telah kehilangan kira-kira 520,000 pekerjaan. Berdasarkan jangkaan Bank Negara, kita mungkin kehilangan 1.8 juta pekerjaan jika kita tidak berbuat apa-apa," kata Datuk Seri Mustapa dalam satu program ehwal semasa yang dikeudarakan di TV3.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa hampir kesemua sektor ekonomi Malaysia akan dibuka pada 4 Mei selepas negara mengalami kerugian RM2.4 bilion ($780 juta) sehari semasa PKP, dengan jumlah kerugian ditaksirkan mencapai RM63 bilion ($20.54 bilion).

Beliau menambah, sekiranya PKP dilanjutkan, sejumlah RM35 bilion perlu ditambah ke jumlah yang ada.

Keadaan ekonomi yang merudum memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pekerja warga asing agar pekerjaan ini boleh diberikan kepada warga tempatan yang sukar mencari pekerjaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Encik Edmund Santhara pada 4 Mei lalu mendedahkan bahawa 1,200 warga tempatan telah memohon kerja di pasar borong Selayang, bercanggah dengan dakwaan bahawa rakyat Malaysia tidak berminat dengan kerja disifatkan sebagai '3D' - Dangerous, Dirty & Difficult (Kotor, Bahaya dan Sukar).

Pasar yang dilihat ramai sebagai kotor, menggajikan hampir sepenuhnya pekerja asing sebelum ia diperintahkan tutup disebabkan PKP.

Semasa keadaan ekonomi Malaysia sangat baik antara 1988 dan 1997, warga asing membanjiri negara itu untuk pekerjaan kolar biru yang ditolak rakyat tempatan; di tapak binaan atau ladang kelapa sawit, dan untuk pekerjaan sebagai pekerja pembersih pejabat hingga tukang masak restoran.

Ekonomi ketiga terbesar Asia Tenggara ini menjadi tuan rumah kepada 2.2 juta pekerja warga asing yang didaftarkan, dan sejumlah 3.3 juta lagi yang merupakan pendatang tanpa izin bersama keluarga mereka.

Sejak penularan koronavirus, terdapat rasa tidak puas hati terhadap warga asing, dengan segelintir rakyat Malaysia menyalahkan pendatang asing bergaji kecil atas penularan virus.

Sebahagian lagi menyatakan mereka harus ditendang keluar agak rakyat tempatan dapat kerja mereka semula.

Dengan pihak berkuasa menjalankan langkah pembanterasan di kawasan PKP dan menahan raturan pekerja asing, persoalan yang timbul ialah apakah masih ada tempat untuk mereka di negara ini pascapandemik. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg