Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia henti eksport ayam bermula 1 Jun

May 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata Kabinetnya telah bersetuju untuk menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai Jun dan memansuhkan keperluan permit yang diluluskan untuk mengimport ayam dan gandum sehingga pengeluaran dan harga menjadi stabil.



Kerajaan itu juga menetapkan harga tertinggi RM8.90 ($2.80) bagi seekor ayam dan berkata ia akan mengiktiraf lebih banyak rumah penyembelihan di luar negara untuk meningkatkan bekalan tempatan di tengah-tengah kenaikan harga dan kos sara hidup, menurut kenyataan itu semalam.



Malaysia minggu lalu memansuhkan permit yang diluluskan untuk mengimport kubis bulat, kelapa tua, ayam dan susu dalam usaha untuk mendapatkan bekalan makanan dan menyekat kenaikan harga.



Ayam adalah daging yang paling banyak dimakan di Singapura, dengan pengambilan per kapita sebanyak 36 kilogram pada 2020, menurut data dari Agensi Makanan Singapura.



Singapura mengimport lebih satu pertiga daripada bekalan ayamnya dari Malaysia.



Pemberhentian eksport ayam mulai 1 Jun itu antara lima pendekatan segera jangka pendek yang diumumkan kerajaan Malaysia semalam dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu, kata Datuk Ismail Sabri, menurut laporan Berita Harian Malaysia.



Beliau berkata tindakan itu akan berkuat kuasa sehingga harga dan pengeluaran ayam tempatan kembali stabil dengan memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.



Datuk Ismail Sabri menambah, selain menghentikan eksport ayam, kerajaan juga akan mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan kemudahan penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi kerajaan lain.



"Kerajaan mengambil berat dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh Keluarga Malaysia.



"Kerajaan kesal dan kecewa terhadap tindakan beberapa syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kekurangan bekalan di pasaran," katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >