Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia, Indonesia sambut Aidiladha 10 Julai

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Umat Islam di seluruh Malaysia dan Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.



Pengumuman pengisytiharan di Malaysia dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Encik Mohd Aseral Jusman, pada malam kelmarin.



Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.



Ini selepas sesi pencerapan oleh panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di 29 lokasi di seluruh negara, petang kelmarin.



Keputusan di Indonesia disampaikan oleh Encik Wamenag Zainut Tauhid di Pejabat Kementerian Agama Republik Indonesia juga pada malam kelmarin.



"Dari 86 titik, tidak ada satu yang melaporkan melihat hilal (anak bulan) sebagaimana yang dilaporkan oleh kerana, berdasarkan hisab, posisi hilal seluruh wilayah Indonesia sudah di atas ufuk. Akan tetapi belum memenuhi Mabims (Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura), serta laporan hilal juga tidak terlihat. Secara muafakat, 1 Zulhijah jatuh pada hari Jumat tanggal 1 Julai 2022," ucap Encik Wamenag Zainut Tauhid.



Dalam masa yang sama, umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha bermula 9 Julai ini selepas anak bulan dapat dilihat di balai cerap Tamir, Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency (SPA), yang memetik memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu.



Ibadah haji akan bermula pada 6 Julai hingga 10 Julai, dengan Hari Arafah jatuh pada 8 Julai, menurut kenyataan Mahkamah Agung.



Ibadah haji di Makkah pada kebiasaannya disertai oleh jutaan jemaah haji dengan kira-kira 2.5 juta penganut Islam melakukan ibadah tersebut pada tahun 2019.



Bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan secara mendadak bilangan jemaah yang dibenarkan untuk melakukan ibadah tersebut pada tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >