Premium
M'sia jangka cuaca beransur baik jelang April
Mar 17, 2016 | 5:30 AM
DIRI TENGAH PANAS: Penduduk kampung sekitar Bukit Chuping bergambar di bawah terik matahari berhadapan dengan Bukit Chuping yang kini gondol. - Foto SINAR HARIAN -
KUALA LUMPUR: Cuaca panas kering dan keterlaluan akibat fenomena El Nino ketika ini diramal beransur baik menjelang April ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, berkata musim peralihan monsun itu akan menyebabkan cuaca di negara ini kembali lembap dan mengurangkan suhu panas yang dialami ketika ini.

