Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia jaya ketepikan tuntutan timbang tara waris Sultan Sulu terhadap Sabah

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu apabila Mahkamah di Luxembourg, pada Selasa lalu, mengetepikan perintah penahanan yang dimohon pihak terbabit.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perintah penahanan yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua penganugerahan timbang tara yang dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah iaitu Dr Gondoza Stampa.



Katanya, ketika itu Dr Stampa menganugerahkan kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion ($19.59 bilion).



Beliau berkata Malaysia membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang sudah dirancang oleh penuntut dan mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Dr Stampa serta 'anugerah' yang diberikan.



"Hasil daripada tindakan Malaysia, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr Stampa membatalkan pelantikan itu secara retrospektif dan 'preliminary award' yang dikeluarkannya di Madrid.



"Mahkamah Perancis juga menggantung penguatkuasaan 'final award' yang dikatakan dikeluarkan oleh Dr Stampa di Perancis, sementara menunggu keputusan Mahkamah bagi permohonan Malaysia untuk mengetepikan perkara itu.



"Malaysia kemudian dengan serta-merta membuat permohonan kepada Mahkamah Luxembourg untuk mendapatkan 'relif interim' supaya perintah penahanan itu diketepikan. Pendengaran bagi permohonan itu pula sudah berlangsung pada 5 Disember 2022 di hadapan hakim Mahkamah Luxembourg yang kemudiannya memutuskan mengetepikan perintah penahanan itu," kata beliau dalam satu kenyataan kelmarin, lapor Berita Harian Malaysia.



Datuk Azalina berkata keputusan Mahkamah Luxembourg itu menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.



"Dalam hal ini, kerajaan akan terus berusaha untuk menamatkan segala tuntutan terhadap Malaysia," katanya.



Pada Mac tahun lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain dan mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.



Selepas itu, pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.



Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.



Final Award Mahkamah Arbitrasi Paris pada 28 Feb 2022, yang dibuat oleh penimbang tara Dr Stampa menganugerahkan pihak menuntut Sulu itu sejumlah AS$14.92 bilion.



Kerajaan Malaysia pada 14 Julai tahun lalu kemudian bersetuju menubuhkan pasukan khas untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya bagi menangani isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >