Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia jaya perlahankan kadar kekurangan bekalan telur

Kekurangan bulan Dis hanya 1j daripada 157j pada Nov
Jan 19, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Encik Mohamad Sabu, berkata kekurangan bekalan telur dalam negara telah dapat dikurangkan pada Disember tahun lalu - kepada 1 juta butir sahaja - selepas kerajaan membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara.



"Daripada data yang diperolehi daripada Jabatan Veterinar, kekurangan telur agak kritikal pada Oktober 2022 iaitu kurang 118 juta biji telur, manakala pada November 2022 pula kurang 157 juta biji telur.



"Saya bersama pengurusan tertinggi MAFS telah bertemu dengan beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan," katanya dalam kenyataan di Facebook, kelmarin.



Jelas Encik Mohamad, MAFS telah mencari sumber alternatif dari negara luar untuk mencukupkan bekalan bermula dari Disember 2022.



"Alhamdulillah, dengan kerja keras warga MAFS pada bulan Disember, kekurangan telur hanya 1 juta biji sahaja," katanya.



Menurut beliau, ia suatu pencapaian yang membanggakan kerana dalam tempoh sebulan, MAFS berjaya mengatasi kekurangan telur daripada 157 juta biji pada November 2022 kepada 1 juta biji pada Disember 2022.



Menurut beliau, pihaknya telah membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara untuk mencukupkan bekalan dalam negara.



"Ada yang bertanya ketika itu kenapa kita tidak menghentikan sahaja eksport telur?



"Untuk pengetahuan semua, setelah saya berbincang dengan beberapa pengeluar telur tempatan, mereka sangat mengharapkan hasil eksport telur itu untuk menampung kerugian yang mereka alami di pasaran dalam negara kerana kawalan harga yang dikenakan terlalu lama boleh menyebabkan lebih banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi," katanya.



Terangnya lagi, kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama telah menekan pengeluar telur tempatan.



"MAFS telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan supaya kawalan harga dapat diberhentikan, namun saya meminta subsidi bersasar perlu diberikan kepada rakyat yang susah terlebih dahulu sebelum harga telur mahu diapungkan semula.



"Alhamdulillah sekarang ini bekalan ayam dan telur sudah mula pulih dan insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi.



"Komitmen dan kemampuan pegawai dan kakitangan di MAFS menyelesaikan semua isu-isu bekalan makanan amat tinggi dan mereka sangat profesional," katanya.



Katanya, dalam amanatnya kelmarin, beliau telah meletakkan lima agenda penting untuk dilaksanakan tahun ini.



"Antaranya ialah memulakan tanaman jagung bijirin dan bermula tahun ini supaya tahap kebergantungan industri terhadap sumber jagung bijirin dari negara luar dapat dikurangkan dari setahun ke setahun," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >