Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia jaya tumpas 5 sindiket dadah, rampas dadah lebih $2.44j

Apr 17, 2020 | 01:41 PM



KUALA LUMPUR: Lima sindiket pengedaran dadah berskala besar dapat ditumpaskan di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga semalam, membabitkan dadah bernilai lebih RM7.5 juta ($2.44 juta).



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata pemantauan pihaknya mendapati trend pengedaran dadah agak perlahan pada fasa pertama PKP, namun keadaan berubah apabila PKP memasuki fasa kedua.



“Kita percaya ini kerana pada fasa pertama PKP, sindiket masih mempunyai stok-stok dadah lama dan bila masuk fasa kedua, aktiviti pengedaran dadah berskala besar mula kembali kerana wujudnya permintaan. 



“Sepanjang tempoh antara 10 April hingga 13 April, kita menumpaskan lima sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan dua kes di Pulau Pinang, dan masing-masing satu kes di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur dengan jumlah rampasan lebih RM5 juta,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.


Di Selangor, dalam satu serbuan di Kuala Selangor merampas 71 kilogram (kg) syabu dan 11.6kg pil Erimin 5 dianggarkan bernilai RM3.5 juta serta menahan enam anggota sindiket.



“Kes pertama di Pulau Pinang membabitkan serbuan di tiga lokasi iaitu di Seberang Jaya, Butterworth dan Simpang Ampat, di mana kita menahan lima suspek dan merampas 6kg pelbagai dadah iaitu ganja, syabu, Erimin 5 dan ketamin dianggarkan bernilai RM56,000.



“Dalam serbuan kedua di Bayan Lepas pula, kita menahan seorang lelaki dan merampas 4.5kg heroin dan 1.5kg asas heroin, 66kg syabu, 3,300 pil Erimin 5 serta 2,500 liter air ketum, semuanya dianggarkan bernilai lebih RM700,000,” katanya.



Untuk kes di Taiping, Perak, katanya polis merampas lebih 20kg heroin dan menahan dua lelaki selain sitaan harta bernilai RM90,000.



Kes kelima di Kuala Lumpur, membabitkan rampasan dadah 12kg ketamin yang disorok dalam kotak-kotak kismis dianggarkan bernilai RM540,000.



Siasatan awal mendapati kotak kismis digunakan sindiket ini sempena kedatangan bulan Ramadan bertujuan mengelak dikesan pihak berkuasa.



Secara keseluruhan, sebanyak 3,085 kes pengedaran dadah dilaporkan sepanjang tempoh PKP berlangsung membabitkan 3,923 tangkapan di seluruh negara.



Seramai 208 suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati.



“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas sepanjang PKP daripada Fasa 1 hingga semalam dianggarkan sebanyak RM7.5 juta,” katanya.



Selain itu, polis turut menyita pelbagai harta benda suspek antaranya kereta, motosikal dan barang kemas dianggarkan bernilai RM1.1 juta. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >