Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

M’sia kecewa junta tidak iktiraf Utusan Khas ke Myanmar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

M’sia kecewa junta tidak iktiraf Utusan Khas ke Myanmar

May 07, 2022 | 06:54 PM

Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr Noeleen Heyzer, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSG) di Myanmar.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata disebabkan itu Dr Heyzer tidak diundang ke mesyuarat perundingan ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan kepada Myanmar di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat, lapor Berita Harian Malaysia yang memetik agensi berita Bernama.

Malaysia bimbang dengan langkah terbaru Myanmar itu akan menggugat kelancaran proses Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN dalam mencari penyelesaian kepada kebuntuan politik di negara itu.

"Semalam dalam mesyuarat konsultasi ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan ke Myanmar, semua wakil negara ASEAN hadir tetapi Dr Heyzer tidak diundang ke mesyuarat itu kerana beliau tidak diiktiraf junta Myanmar.

"Ini adalah satu lagi contoh, nampaknya, Myanmar tidak beri kerjasama sebaiknya dalam melaksanakan 5PC," katanya pada sidang media di Wisma Putra di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Saifuddin yang memetik statistik berkata 10,786 pertempuran bersenjata dan serangan ke atas orang awam di Myanmar berlaku dari 1 Feb 2021 hingga 15 April 2022, dengan 2,146 orang terbunuh dan 13,282 ditahan, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding negara konflik seperti Syria dan Yaman. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3