SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

M'sia kesan kes pertama varian Omicron

M'sia kesan kes pertama varian Omicron

Pelajar diuji positif setiba di KLIA melalui SG bulan lalu, ada rekod perjalanan dari Afrika Selatan
Dec 4, 2021 | 5:30 AM

M'sia kesan kes pertama varian Omicron

BENDUNG OMICRON: Pengembara memakai peralatan pelindung diri menunggu giliran di KLIA pada 29 November. Beberapa negara melaksana sekatan sempadan ketat semula bagi mencegah penyebaran varian Omicron. - Foto EPA-EFE
BENDUNG OMICRON: Pengembara memakai peralatan pelindung diri menunggu giliran di KLIA pada 29 November. Beberapa negara melaksana sekatan sempadan ketat semula bagi mencegah penyebaran varian Omicron. - Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Malaysia merekod kes pertama varian baru Covid-19, Omicron, melibatkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, pada satu sidang media semalam, sambil berkata pelajar itu sudah diarah menjalani kuarantin diri.

Beliau berkata saringan ke atas semua kontak rapat pelajar itu telah dijalankan dan hasil ujian negatif.

Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November dan menjalani ujian Rt-PCR setibanya di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Encik Khairy, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan pelajar itu positif Covid-19 dengan varian Omicron pada 20 November.

Menyusuli ujian itu, pelajar terbabit diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan pihak universiti di Ipoh.

"Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh pula menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. ,

"Pelajar terbabit menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau mematuhi perintah yang dikeluarkan," kata Encik Khairy.

Pelajar itu menjalani kuarantin selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November.

"Pengesanan kontak rapat dijalankan terhadap semua penumpang dan pemandu bas, iaitu lima orang. Mereka menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib.

"Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif," kata Encik Khairy.

Menurutnya, pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di pintu masuk antarabangsa KLIA akan dipakaikan peranti pengesan digital sepanjang tempoh kuarantin.

"Bagi Gelembung Pelancongan Langkawi, pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tambahan, iaitu pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan.

"Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Singapura diteruskan buat masa ini. Sekatan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini dikekalkan," tambahnya. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg