Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia lanjutkan kawalan pergerakan

Jun 28, 2021 | 5:30 AM
68fa653e-df50-4a22-bfa9-a7fd8dcc92b8
-

KUALA LUMPUR: Fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir hari ini, tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan, sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

"Sekarang mereka kata PKP dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

"Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap... kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan," kata beliau kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid semalam. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg