Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia lanjutkan PKP; benarkan kunjungan Raya dengan 'syarat'

May 10, 2020 | 09:03 PM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020. 



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar kanan) dalam perutusan khas semalam, berkata keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi Covid-19 masih belum berjaya sepenuhnya.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata dari segi pandangan umum, beliau mendapati rata-rata rakyatnya mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini.



“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.



“Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya lagi.



Tan Sri Muhyiddin juga telah menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak Covid-19. 



Beliau juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan menangani krisis ini.



“Hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin saudara-saudari sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, kita telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau,” katanya lagi, lapor laman berita Astro Awani.



Tan Sri Muhyiddin berkata larangan itu kekal berkuatkuasa sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, dan Hari Gawai, bagi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.



Bagaimanapun, beliau berkata aktiviti menziarahi jiran dan keluarga yang berada dalam negeri yang sama dibenarkan, dengan syarat mereka kekal mematuhi disiplin sosial dalam normal baharu dan tidak berhimpun melebihi 20 orang pada satu masa.



“Dalam tempoh (PKPB) ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.



“Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini.



“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, hari ini.



Perdana Menteri berkata setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti mengamalkan langkah jarak sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini.



“Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar saudara-saudari elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup.

“Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat,” katanya.



Sementara itu kerajaan Malaysia juga memahami keresahan pasangan suami isteri yang mana mereka terpaksa tinggal di negeri yang berlainan atas faktor kerja dan sebagainya, ujarnya.



Atas sebab itu, Tan Sri Muhyiddin berkata kerajaannya telah mengambil keputusan untuk melonggarkan larangan ke atas kes-kes sedemikian bagi membolehkan mereka berjumpa dengan pasangan dan anak masing-masing. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >