Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia lantik Ketua Polis Negara baharu

May 03, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mapan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani telah dilantik sebagai ketua polis negara baru Malaysia, untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang akan bersara hari ini.



Datuk Seri Acryl Sani, 59 tahun, akan memulakan penggalnya sebagai ketua polis negara pada 4 Mei setelah menerima surat pelantikannya daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri Hamzah Zainudin, di tengah-tengah beberapa kontroversi melibatkan pasukan polis negara itu.



Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).



"Saya hendak memaklumkan proses terbabit dilakukan SPP dengan dipersetujui semua ahli suruhanjaya yang dipengerusikan oleh saya.



"Semua bersetuju Acryl Sani diangkat sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Malah, Abdul Hamid turut bersetuju," katanya dalam sidang media pada Jumaat lalu.



Sementara itu, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada hari-hari terakhirnya sebagai ketua polis negara berkata polis harus bebas daripada campur tangan politik.



Beliau mencadangkan supaya SPP tidak lagi dipengerusikan menteri, sebaliknya individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim dilantik menduduki jawatan itu.



"Menteri sepatutnya menumpukan perkara berkaitan dasar, bukan terbabit dalam urusan pertukaran pegawai.



"SPP amat penting dan tidak boleh bermesyuarat selama satu dua jam sahaja kerana berpuluh-puluh kes tatatertib masih tergantung," katanya dalam sidang media terakhirnya dengan media di Bukit Aman minggu lalu.



Abdul Hamid berkata, ia bukan semata-mata soal kuasa, sebaliknya perkara itu perlu untuk ketua polis negara menentukan siapa yang boleh dilantik kerana berada bersama-sama pasukan polis setiap hari, berbanding menteri yang bertanggungjawab kepada banyak agensi dan jabatan. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >