KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengesahkan 649 kes Covid-19 baru sementara tiada kematian dilaporkan pada Khamis (29 Okt).

Ini merupakan pertama kali jumlah kes Covid-19 baru berada di bawah paras 700 kes sehari dalam tempoh dua minggu.

Ia juga pertama kali tiada kematian dilaporkan dalam tempoh tiga minggu sejak 7 Oktober lalu, lapor The Straits Times.

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan secara keseluruhan sebanyak 30,090 kes dikesan di negara itu sejauh ini. -ST