Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia lapor rekod 16 kematian Covid-19 dalam sehari

Jan 8, 2021 | 9:45 PM
Terdapat 2,643 kes baru Covid-19 di Malaysia dan seramai 16 orang terkorban akibat virus itu pada 8 Januari 2021. -
Terdapat 2,643 kes baru Covid-19 di Malaysia dan seramai 16 orang terkorban akibat virus itu pada 8 Januari 2021. - - FOTO: REUTERS

PUTRAJAYA: Sebanyak 16 kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dicatat pada Jumaat (8 Jan), menjadikannya angka terbesar pernah dilaporkan sejak penularan virus berkenaan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan negara itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kepada 537 kes atau 0.41 peratus daripada keseluruhan kes, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).

"Peningkatan kes kematian hari ini disebabkan ada kes yang memerlukan tempoh tertentu untuk siasatan lebih lanjut dijalankan sebelum kematian disahkan disebabkan oleh Covid-19," katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Jumaat.

Malaysia juga mencatat sebanyak 2,643 kes baharu Covid-19 dan daripada jumlah berkenaan, 1,086 kes atau 41.1 peratus direkodkan di Selangor.

Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata kes di Selangor meningkat hasil saringan kluster sedia ada dan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

Katanya, ia diikuti Sabah merekodkan sebanyak 401 kes (15.2 peratus) dan Johor sebanyak 298 kes (11.3 peratus). - BERITA HARIAN MALAYSIA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg