Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia lulus guna dana kumpulan wang negara bagi pergiat program vaksinasi Covid-19

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah mewartakan Ordinan Darurat pada Rabu lalu yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang negara bagi pemerolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.



Mengikut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.



Menurut seksyen 5 (c) akta itu, sumbangan boleh dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia yang mendapat royalti daripada petroleum dan sumber alam lain yang akan habis.



Sumbangan ke dalam (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) juga boleh datang dari mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya merangkumi penyelidikan atau pengembangan sumber alam yang akan habis.



Ordinan Darurat yang diwarta semalam menambah subseksyen baru ke dalam Seksyen 6 akta itu dengan membenarkan pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.



Pada 31 Mac lalu, kerajaan mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 yang mana Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar diberi kuasa meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.



Ini bermakna, ketua kerajaan dan ketua kerajaan negeri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.



Sebelum ini, sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri yang berhubungan dengan perbelanjaan yang dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan atau Kumpulan Wang Disatukan bagi negeri serta perbelanjaan tambahan, memerlukan suatu Akta atau Enakmen atau ketetapan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan negeri (DUN) bagi negeri dan pengeluaran daripada mana-mana Kumpulan Wang itu.



Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 itu, diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, pada 11 Januari lalu, berikutan pandemik Covid-19.



Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong selepas berpuas hati dengan tindakan serta-merta yang dikehendaki bagi menjamin dan mengekalkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >