Topik diikuti
Pergi ke BHkuM'sia mahu langkah tegas perangi ideologi, aktiviti militan
Najib perjelas sebab perundangan cegah ekstremis digubal meskipun ditentang kumpulan tertentu

Jan 26, 2016 | 5:39 AM
M'sia mahu langkah tegas perangi ideologi, aktiviti militan
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan membenarkan kumpulan militan bertapak atau menyusup ke negara ini dan segala langkah perlu bagi memerangi ideologi serta kegiatan tersebut akan dilaksanakan tanpa apologetik.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaannya akan sentiasa meletakkan keselamatan negara sebagai keutamaan dan atas kesedaran itulah, undang-undang pencegahan digubal meskipun ditentang kumpulan tertentu, lapor Utusan Online semalam.