Premium
M'sia mahu tahan Jho Low berkait siasatan 1MDB
Jun 9, 2018 | 5:30 AM
WARAN TANGKAP: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Low Taek Jho berhubung penglibatannya dalam skandal rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto fail -
KUALA LUMPUR: Malaysia mahu menahan perunding kewangan Low Taek Jho, dipercayai berada di luar negara, berhubung penglibatannya dalam skandal rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam .
Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dikatakan rapat dengan mantan perdana menteri Najib Razak dan keluarganya, dan dilihat sebagai tokoh utama dalam skandal 1MDB, yang menjadi subjek penyiasatan pengubahan wang haram berbilion dolar di Malaysia dan seluruh dunia.

