Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia minta bantuan Interpol jejak pemuzik Taiwan terlibat dalam video rapper Namewee

Aug 23, 2016 | 3:21 PM
Namewee semasa menghadiri sebuah majlis anugeah muzik di Taiwan pada Jun 2016.
Namewee semasa menghadiri sebuah majlis anugeah muzik di Taiwan pada Jun 2016. - AFP

GEORGETOWN: Polis Malaysia sedang menimbang meminta bantuan Interpol untuk mengesan tiga pemuzik, dipercayai warga Taiwan, yang muncul bersama rapper kontroversial Malaysia, Namewee, dalam video muzik yang dituduh menghina Islam.

Agensi berita Bernama melaporkan pada Selasa (23 Ogos) bahawa polis di Pulau Pinang sedang mendapatkan bantuan polis federal di Bukit Aman, Kuala Lumpur, untuk mencari tiga pemuzik itu.

Bernama melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata siasatan sedang dijalankan dan Malaysia akan mendapatkan bantuan daripada Interpol untuk merakam kenyataan mereka.

Polis yang menyiasat kes itu setakat ini telah mengambil keterangan daripada tujuh orang, katanya.

Berdasarkan maklumat yang diberi kepada polis oleh Namewee, yang nama sebenarnya Wee Meng Chee, tiga lelaki itu dipercayai pemuzik Taiwan dan tinggal di Taiwan.

Laporan sebelum ini menyebut mereka anggota band Taiwan Nine-One-One.

Video muzik bagi lagu Mandarin Oh My God ! itu dirakam di beberapa rumah ibadat di Pulau Pinang, termasuk sebuah masjid, gereja dan kuil Hindu, Buddha serta Tao.

Ia juga memapar azan, serta koir gereja, gong meditasi Buddha dan loceng kuil Hindu.

Datuk Abdul Ghafar berkata polis juga akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk membincangkan isu itu.

"Kami akan berbincang dengan Jaipp untuk mengetahui sejauh mana tindakan Namewee menyanyi dan merakam perbuatan itu di dalam masjid menghina Islam," katanya.

Polis pada Isnin mendapatkan reman empat hari ke atas rapper itu sebagai respons terhadap aduan mengenai video muziknya oleh beberapa kumpulan Islam.

Kes itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana merosakkan atau mencemar tempat ibadat dengan niat menghina agama.

Rapper berusia 33 tahun itu ditangkap di lapangan terbang KLIA selepas pulang dari luar negara pada Ahad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg