Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia mungkin tidak lanjutkan PKP 2.0 selepas 4 Februari

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua (PKP 2.0) mungkin tidak dilanjutkan selepas tarikh akhir 4 Februari ini, ujar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bahawa kerajaan bimbang bahawa tempoh sekatan yang berlanjutan akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.



Maka seusainya tempoh PKP selama empat minggu ini, kerajaan barangkali akan menguatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB).



"Kami enggan memanjangkan tempoh PKP. Kalau dilanjutkan, ekonomi kita akan terjejas. Kita harus mengimbangi keperluan kesihatan dengan ekonomi, hidup dan penyaraan hidup.



"Justeru kami akan menguatkuasakan PKP hingga 4 Februari sambil disusuli PKPB. Hasil gabungan PKP dan PKPB, kita boleh mengurangkan jumlah kes menjadi dua angka menjelang Mei. Hal inilah yang menjadi sasaran kami," ujar Dr Noor Hisham menerusi sidang media secara maya.



Tambahnya, kadar penjangkitan R0 (atau disebut R-naught) sudah turun daripada 1.2 kepada 1.06. Penurunan itu barangkali membuktikan bahawa jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin berkurangan.



"Hari ini (Isnin), jumlah kes mencecah 3,048, iaitu jumlah lebih rendah berbanding hari sebelumnya yakni 3,346 kes.



"Kami berharap bahawa jumlah kes akan distabilkan ke paras 3,000. Buat masa ini, R0 sudah pun turun ke paras 1.06 tetapi ini tidak mencukupi. Esok, diharapkan parasnya akan turun lagi daripada 1.06 malah lebih baik lagi kalau mencapai paras kurang 1.0.



"Justeru kami berharap agar jumlah kes stabil dan tidak meningkat pada dua minggu pertama PKP. Selepas 27 Januari, kami menjangkakan jumlah kes turun lagi," ujarnya.



PKP 2.0 kali pertama dikuatkuasakan pada 13 Januari di beberapa negeri sepanjang dua minggu. Kali ini, sekatan serupa sepatutnya berakhir semalam.



Namun, sekatan itu kini diperluas kepada semua negeri dan wilayah persekutuan kecuali Sarawak dan berakhir 4 Februari.



Menjelang hujung bulan depan, KKM akan memulakan pusingan pertama proses vaksinasi Covid-19.



Menurut Dr Noor Hisham, pusingan pertama yang merangkumi 500,000 dos akan dikhaskan buat pekerja barisan depan terutama sekali dalam bidang penjagaan kesihatan.



"Tempoh vaksinasi berlangsung dari Mac ke Mei. Mereka yang diberi vaksin akan menerima dos pertama, diikuti dos kedua 21 hari kemudian," ujarnya.



Selepas tamat tempoh vaksinasi pekerja barisan depan, beliau berkata golongan berisiko seperti warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit serius akan digalakkan mendapatkannya.



Fasa ketiga dikhaskan kepada 17 juta warga Malaysia dalam lingkungan umur bekerja.



Dr Noor Hisham berkata bahawa pihak kementerian sudah mengenal pasti 130 hospital swasta yang boleh merawat pesakit Covid-19.



"Daripada 130 hospital swasta ini, 95 bersetuju membantu pihak kementerian merawat pesakit Covid- 19. Kami masih menunggu jawapan daripada hospital lain.



"Dengan itu, kita akan menerima muatan tambahan sebanyak 1,286 katil hospital, 65 katil Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 54 alat pengalih udara (ventilator) daripada sektor swasta.



"Hal ini merupakan perkembangan yang baik memandangkan kami sudah mendekati sektor swasta dalam tempoh kurang seminggu dan kami menerima maklum balas yang cukup baik," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >