Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia rancang benarkan pemandu S'pura bayar tol guna kad kredit, debit

Mar 31, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia merancang membenarkan pemandu dari Singapura menggunakan kad kredit dan kad debit untuk membayar tol dan Caj Jalan Raya (RC) di Koswe dan Laluan Kedua menjelang akhir suku ketiga 2024 - tanpa perlu menggunakan kad Touch 'n Go.



Kerajaan Malaysia dalam perbincangan dengan syarikat konsesi Plus Expressways, yang mengendalikan sistem RC di pusat pemeriksaan di Koswe dan Linkedua, bagi membolehkan pelawat asing menggunakan kad kredit dan debit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Sistem tersebut dijangka mula dilancarkan menjelang September 2023 di pondok tol di 11 lebuh raya Malaysia.



"Dalam masa terdekat, pengunjung asing boleh guna kad debit dan kredit mereka untuk membayar tol di lebuh raya dengan pilihan sistem pembayaran terbuka.



"Ini adalah platform alternatif yang disediakan untuk pemandu membayar caj tol menggunakan kad debit dan kredit Mastercard dan Visa, selain Kad Touch 'n Go," kata Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.



Pengguna akan punya pilihan pembayaran di Koswe, Linkedua



Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengguna akan mempunyai pilihan pembayaran dan boleh melakukan perjalanan dengan selesa kerana mereka tidak perlu risau tentang status kad Touch 'n Go mereka.



Beliau berkata pelaksanaan akan mengambil masa di dua lintasan darat berikutan kerumitan teknikal yang melibatkan agensi Malaysia yang berbeza, tetapi menyasarkan ia dimulakan sebelum September 2024.



Pusat pemeriksaan Singapura-Johor adalah antara lintasan darat paling sibuk di dunia. Sebelum pandemik Covid-19, kira-kira 415,000 orang melintasi sempadan darat setiap hari, termasuk puluhan ribu kereta, van dan lori. Motosikal tidak perlu membayar tol sempadan.



Terdapat kekurangan kad Touch 'n Go di Singapura dan Johor Bahru sejak sempadan dibuka semula pada April 2022 sehingga menyusahkan mereka yang memandu ke Johor.



Ada yang terpaksa menggunakan penjual kad haram di dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor untuk membayar tol sebelum mereka boleh memasuki Malaysia, lapor The Straits Times pada Ogos 2022.



Pemandu Singapura yang kecewa telah meminta kaedah pembayaran alternatif, termasuk penggunaan kad debit dan kredit, di kedua-dua CIQ.



Gesaan itu bersesuaian dengan rancangan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia empat bulan - diumumkan minggu lalu - untuk mengkaji semula semua monopoli sedia ada untuk memastikan perkhidmatan awam yang lebih adil dan lebih baik.



Malaysia mempunyai lebih 35 lebuh raya bertol yang dikendalikan oleh lebih 30 pemegang konsesi.



Touch 'n Go mempunyai monopoli ke atas sistem pembayaran lebuh raya Malaysia, tetapi kerajaan berkata ia akan membenarkan pemain lain dengan memperkenalkan sistem pembayaran terbuka.



Mulai September, satu lorong di plaza tol di 11 lebuh raya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah akan menerima pembayaran tol menggunakan kad kredit dan debit.



Sistem pembayaran terbuka adalah peralihan sebelum pelaksanaan penuh Multi Lane Fast Flow (MLFF) atau sistem aliran pantas berbilang lorong tanpa halangan, yang dijangka akan dilancarkan secara berfasa mulai suku ketiga 2024, kata Datuk Nanta.



Pemandu secara automatik akan dikenakan bayaran tol tanpa perlu berhenti di plaza tol.



Terdapat kemungkinan sistem MLFF akan dilaksanakan di dua lintasan sempadan Singapura seawal suku ketiga 2024, kata Datuk Nanta.



"Bagaimanapun, mekanisme pembayaran MLFF seperti pemberitahuan kepada pengguna, dan kaedah pendaftaran dan kutipan tol, masih dipertimbangkan dengan teliti," katanya.



Pada Selasa, Menteri Pengangkutan Malaysia Encik Anthony Loke berkata kerajaan persekutuan tidak bercadang untuk menaikkan caj jalan RM20 (S$6) yang dikenakan ke atas kenderaan berdaftar asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.



"Sebarang caj yang kami kenakan - ia akan dibalas oleh Kerajaan Singapura. Jika kita naikkan caj jalan, mereka akan menaikkan bayaran kenderaan berdaftar Malaysia yang masuk ke negara ini juga," katanya pada sidang media.



Encik Loke menjawab soalan selepas seorang ahli politik negeri Johor mencadangkan caj jalan harus dinaikkan kerana bayaran RM20 adalah "terlalu rendah" selepas ditukar kepada mata wang Singapura. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >