Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia rancang haramkan merokok atas mereka yang lahir selepas 2005

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia bercadang mengharamkan perbuatan merokok untuk generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005.



Bercakap pada sesi pertemuan Ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva kelmarin, Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berkata Malaysia berharap dapat meluluskan undang-undang itu tahun ini yang akan membawa kepada 'generasi penamat perbuatan merokok'.



"Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005.



"Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit)," katanya.



Encik Khairy juga bercakap mengenai "generasi penamat perbuatan merokok" dalam perutusan Tahun Baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan, dengan menyatakan bahawa akan tiba masanya generasi akan datang "tidak lagi tahu apa itu rokok".



Menurut laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau, satu daripada lima (21.3 peratus) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara itu adalah perokok.



Pengumuman Encik Khairy itu dibuat seminggu selepas kerajaan bercadang membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.



Produk tembakau dilindungi di bawah Akta Makanan 1983 dan Encik Khairy menjelaskan bahawa undang-undang baharu itu akan mengawal selia e-rokok dan produk vape dan akhirnya membawa kepada tabiat berhenti merokok.



Kementerian Kesihatan menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di Malaysia seperti penyakit jantung, kanser dan strok.



Kira-kira 15 peratus daripada 27,000 kematian berkaitan tembakau adalah bukan perokok yang mati akibat terdedah asap rokok daripada perokok tegar.



Ketika membentangkannya dalam Persidangan Parlimen pada 15 Januari lalu, Encik Khairy berkata undang-undang yang dianggap lebih tegas itu bakal melahirkan generasi yang tidak lagi kenal apakah itu rokok dan produk berkaitannya.



Isu itu pernah dibawa ke mahkamah oleh sekumpulan perokok tegar, namun kes tersebut ditolak hakim kerana ia melanggar hak asasi golongan bukan perokok menikmati udara bebas pencemaran.



Tidak ketinggalan Akta Racun 1952 yang menguatkuasakan isu penjualan rokok elektronik yang mengandungi cecair nikotin dan larangan penjualan ke atas pembeli bawah 18 tahun.



Encik Khairy berkata walaupun akta baharu itu kelak dijangka mengundang banyak kontroversi, beliau perlu bermula sekarang bagi mengawal selia trend gejala merokok.



"Akta ini juga nanti akan memperuntukkan apa yang diharapkan sebagai generation end-game (generasi penamat) perbuatan merokok di Malaysia untuk tempoh jangka panjang," jelasnya.



Menurutnya, sistem penjagaan kesihatan awam sudah terlalu lama dibebankan pelbagai isu rantaian yang wujud akibat perbuatan merokok golongan minoriti itu.



Setakat ini, Malaysia di tangga ke-72 paling ramai perokok di dunia dengan kadar 22 peratus atau tujuh juta penduduknya ialah perokok dan 53 peratus daripada jumlah itu ialah wanita.



Kerugian disebabkan komplikasi merokok dianggarkan dengan tanggungan kos rawatan dan kehilangan produktiviti kira-kira RM20 bilion ($6.4 bilion).



Meskipun pelbagai kempen diadakan, malah zon larangan merokok ditambah, tahap kesedaran katanya tetap sama dengan melihat angka kemasukan pesakit jantung, kanser dan lain-lain. - Agensi berita







INISIATIF KE ARAH 'GENERASI PENAMAT PERBUATAN MEROKOK'



"Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005. Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit)."



- Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, mengenai "akan tiba masanya generasi akan datang "tidak lagi tahu apa itu rokok".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >