KUALA LUMPUR: Malaysia akan mula melonggarkan sekatan mulai minggu depan bagi lima negeri yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan bagi pelonggaran sekatan, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rakyat negara tersebut telah dikenakan perintah sekatan sejak 1 Jun sebagai langkah menangani jumlah jangkitan Covid-19 yang memuncak di negara itu.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaannya akan membuka semula ekonomi dan membenarkan semula kegiatan-kegiatan sosial secara bertahap dalam fasa ke-empat, berdasarkan jumlah jangkitan, kadar vaksinasi dan keupayaan sistem penjagaan kesihatan.

Datuk Ismail Sabri mendedahkan semalam bahawa negeri-negeri yang melakukan peralihan di bawah Pelan Pemulihan Negara itu adalah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di bawah rancangan tersebut, sekatan Covid-19 akan dilonggar beransur-ansur dalam fasa kedua dengan lebih banyak sektor dibolehkan beroperasi.

Komen Datuk Ismail Sabri itu menyusuli langkat lebih ketat yang diperkenalkan semalam bagi ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur dan negeri Selangor - dua negeri yang paling teruk terjejas dengan pandemik Covid-19.

Sementara itu, untuk memenuhi syarat bagi Fasa Kedua, Tan Sri Muhyiddin berkata bahawa jumlah jangkitan harian tidak boleh melebihi 4,000 kes sehari, dan 10 peratus penduduk harus telah menerima suntikan penuh Covid-19.

Semalam, Malaysia melaporkan 6,658 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 772,607 manakala jumlah kematian pula ialah 5,327. - Reuters.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti