PUTRAJAYA: Malaysia hari ini melaporkan sebanyak 54 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 6,589 kes.
Katanya, seramai 45 kes daripada 54 kes positif baharu itu terdiri daripada warganegara asing.
"Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan bahawa daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan.
"Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes, dengan sebanyak tiga kes dikesan dari kluster dan lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini
"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian dengan , jumlah kumulatif kematian di Malaysia adalah sebanyak 108 kes atau 1.64 peratus.
"Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) adalah perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.
"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Mangsa dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia jam 11.23 malam, semalam," katanya. - BHM


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg