Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia sambut baik tindakan AS dakwa militan bom Bali, Jakarta

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Malaysia Abdul Hamid Bador mengalu-alukan tindakan Amerika Syarikat mendakwa pengganas warga Indonesia, Hambali dan dua militan Malaysia di mahkamah berhubung pengeboman di Bali pada 2002 dan serangan di Jakarta pada 2003.



Hambali atau nama sebenarnya Enjep Nurjaman, bersama dengan warga Malaysia Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Yep akhirnya didakwa secara rasmi oleh Amerika setelah bertahun-tahun ditahan di Guantanamo Bay. Encik Abdul Hamid berkata keputusan seperti itu sudah lama ditunggu kerana keadilan mesti ditegakkan.



"Ketiga-tiga mereka ditahan lama di Guantanamo Bay. Kami menyambut baik keputusan Amerika untuk akhirnya menuduh mereka," katanya kepada The Star, sambil menambah bahawa menggagalkan ancaman keganasan di negara ini tetap menjadi keutamaan bagi Bukit Aman.



Sebelum ini dilaporkan bahawa Farik adalah pakar peledak dan merupakan antara yang bertanggungjawab menyalurkan dana untuk serangan di JW Marriot Hotel di Jakarta pada 2003, sementara Nazir dikhususkan tugas merampas dan mensasarkan kepentingan Amerika di wilayah tersebut.



Hambali suspek yang didakwa melaksanakan arahan Osama bin Laden untuk melancarkan serangan bom di Bali pada 2002 dan juga Pusat Dagangan Dunia New York pada 11 September 2001.



Seramai 202 terkorban dalam pengeboman kelab malam Bali pada 2002 sementara 12 mati dalam serangan di JW Marriot Hotel.



Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon sebelum ini mengatakan bahawa tuduhan tindakan keganasan terhadap ketiga-tiga mereka telah diserahkan kepada suruhanjaya tentera, langkah yang menandakan permulaan perbicaraan ketenteraan.



Perkembangan ini sehari selepas Presiden Amerika Joseph Biden mengambil alih pentadbiran daripada Encik Donald Trump.



Pada 2016, usaha Hambali untuk dibebaskan dari Guantanamo ditolak kerana menurut pendakwa raya, militan itu masih "menjadi ancaman kepada keselamatan Amerika". Hambali yang dilahirkan di Indonesia berhijrah ke Malaysia pada 1985 ketika berusia 21 tahun dan menetap di Malaysia hampir 20 tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >