Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia semak program subsidi kerajaan, sasar bantu golongan gaji rendah

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji semula program subsidi kerajaannya, bertujuan untuk menyalurkan wang kepada golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, mengutamakan isu kenaikan kos sara hidup sedang beliau memegang jawatan kepimpinan itu semasa pertumbuhan ekonomi yang perlahan.



Agensi kerajaan mempunyai dua minggu untuk mengkaji semula kesan pengurangan subsidi, katanya pada satu sidang akhbar.



Malaysia menawarkan subsidi kepada semua rakyat, dengan bahan api dan minyak masak menyumbang perbelanjaan terbesar. Ia juga memberi subsidi elektrik, gula dan tepung.



"Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cuma) subsidi harus bersasar... jika tidak, harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya," kata Datuk Anwar, yang menjadi pemimpin negara Asia Tenggara itu selepas pilihan raya yang sengit minggu lalu.



Beliau menjelaskan, golongan kaya dan industri besar tidak seharusnya mengambil manfaat daripada subsidi yang dikhaskan bagi membantu rakyat terkesan.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.



Insentif lain, katanya, akan dipertimbangkan bagi industri yang tidak lagi mendapat manfaat daripada subsidi.



Datuk Anwar dilihat sebagai meneruskan pendirian pentadbiran terdahulu, yang bulan lalu mencadangkan bajet lebih kecil, memotong subsidi ekoran peningkatan kos komoditi dan kesannya kepada dana kewangan kerajaan.



Malaysia dianggarkan membelanjakan rekod RM77.7 bilion ($24 bilion) tahun ini untuk subsidi.



Sementara itu, Datuk Anwar berkata beliau akan membincangkan pelantikan anggota Kabinet dengan parti gabungannya dalam beberapa hari akan datang.



Beliau kini masih lagi mengadakan perbincangan dengan kepimpinan tiga parti utama lain.



"Perbincangan masih berlangsung dan saya perlu berbincang dengan tiga parti utama yang lain, saya rasa mungkin beberapa hari lagi saya boleh kemukakan cadangan yang diberikan.



"Saya juga sudah bertemu dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg, serta wakil Barisan Nasional (BN) dan mereka mempunyai jawatankuasa kerja yang mempunyai beberapa cadangan.



"Malah tengah hari ini (semalam) juga saya akan bertemu dengan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, serta Warisan. Maka perbincangan kini masih diadakan," katanya.



Pemimpin berusia 75 tahun itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia pada Khamis lalu, menamatkan perjalanan politik selama tiga dekad daripada anak didik pemimpin veteran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ketua bantahan, banduan yang disabitkan kesalahan liwat, dan kemudian menjadi ketua pembangkang.



Pelabur menyambut baik pelantikan beliau, dan berharap Datuk Anwar akan membawa kestabilan selepas ketidaktentuan politik yang menyaksikan tiga perdana menteri dalam beberapa tahun.



Tumpuan kini adalah kepada hala tuju dasar kerajaan baru dan pelantikan Kabinet.



Datuk Anwar berkata pada Jumaat lalu bahawa beliau akan mempunyai Kabinet lebih kecil daripada pentadbiran sebelumnya. - Reuters, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >