Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia siap pelan bentuk hab pelancongan kesihatan

Rancangan untuk jadikan ia pusat pelancongan kesihatan terbaik dunia jelang 2025: Khairy
Nov 03, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, melancarkan Rangka Tindakan Industri Pelancongan Penjagaan Kesihatan 2021-2025 yang bertujuan membantu menyediakan Malaysia ke arah menjadi hab pelancongan kesihatan terbaik dunia menjelang 2025.



Satu garis panduan untuk pihak berkepentingan dalam industri itu termasuk menyediakan pengalaman pelancongan penjagaan kesihatan terbaik Malaysia dan menggerakkan pemulihan industri itu dalam peralihan ke fasa endemik.



Encik Khairy berkata pelan tindakan itu juga menyediakan panduan jelas bagi rantaian nilai dan industri penjagaan kesihatan Malaysia.



Beliau berkata, dengan rangka tindakan yang diwujudkan oleh Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Malaysia dijangka menyediakan pengalaman pelancongan penjagaan kesihatan terbaik menjelang 2025.



Pelan tindakan itu, tambahnya, merangkumi lima pendekatan berbeza dan berpaksikan kepada tiga tonggak strategik iaitu ekosistem perjalanan penjagaan kesihatan, jenama penjagaan kesihatan Malaysia dan pasaran.



"Menerusi pelan tindakan ini, kerajaan akan berkongsi pengalaman baru dengan pelancong kesihatan menerusi pendekatan bersepadu dan kerjasama pendigitalan khususnya bagi Hab Kardiologi dan Kesuburan serta Pusat Kecemerlangan Rawatan Kanser.



"Sejak 10 tahun lalu industri pelancongan kesihatan negara meraih pelbagai pengiktirafan di rantau ini.



"Malah, sejak Julai tahun lalu negara membuktikan keupayaan dalam jaminan penjagaan kesihatan bagi membolehkan pembukaan semula sempadan yang selamat dan terkawal.



"Ia berjaya dilakukan hasil kerjasama erat antara Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia," katanya, ketika berucap melancarkan pelan tindakan itu secara maya kelmarin.



Encik Khairy berkata pelan tindakan itu juga dirangka seiring dengan perkembangan sektor kesihatan yang kini berkembang pesat sejak pandemik Covid-19 dan memberi tumpuan utama ke arah penyediaan mutu rawatan dan pengalaman terbaik kepada pesakit.



Pada masa sama, katanya, pelan tindakan itu juga penting sebagai persediaan negara untuk mewujudkan sebuah Hospital Pelancongan Perubatan pertama di negara ini.



Selain itu, kata Encik Khairy, pada 2019 lebih 1.22 juta pelancong penjagaan kesihatan memilih Malaysia sebagai destinasi mereka, lantas membolehkan negara menjana pendapatan hampir RM1.7 bilion ($0.55 bilion)



"Bagaimanapun, pendapatan itu menurun kepada RM800 juta tahun lalu disebabkan impak pandemik Covid-19," katanya



Beliau menambah, rangka tindakan itu menyasarkan untuk mempertingkat ekosistem pelancongan penjagaan kesihatan, memperkukuh jenama penjagaan kesihatan Malaysia dan meluaskan pengenalan tawaran penjagaan kesihatan di Malaysia kepada pasaran yang lebih bersasar.



Strategi utamanya termasuk mempertingkat mutu penjagaan perubatan, pendigitalan perjalanan pesakit dan usaha berterusan untuk menjadi destinasi ulung dunia yang menyediakan tawaran perkhidmatan perubatan yang berpatutan kepada pelancong penjagaan kesihatan



"Dengan rangka tindakan ini Malaysia mula membentuk satu perbatasan baru untuk menilai semula pengalaman pesakit menerusi pendekatan secara kerjasama dan bersepadu ke arah pendigitalan,'' kata beliau.



Pemain industri kemudian akan bekerjasama untuk memperluas kesedaran mengenai perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus yang ditawarkan Malaysia seperti Hab Kesuburan Asia, Hab Kardiologi Asia dan Pusat Kecemerlangan Penjagaan Kanser di bawah Fasa Pembinaan Semula dari 2023 hingga 2025. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >