Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia siasat dakwaan suntikan vaksin AstraZeneca ke atas beberapa individu tidak ikut dos disyor

May 24, 2021 | 9:34 PM
Foto REUTERS/LIM HUEY TENG
Foto REUTERS/LIM HUEY TENG -

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa sesetengah penerima suntikan vaksin Covid-19, AstraZeneca, tidak disuntik dengan dos yang disyorkan.

Sekurang-kurangnya dua penerima suntikan berkata mereka diberi dos yang berkurangan daripada sepatutnya sambil memuatnaikkan ke media sosial video suntikan yang ditadbir sebagai menyokong dakwaan mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia, bagaimanapun, tidak memberitahu sama ada penerima suntikan vaksin itu diberi dos yang berkurangan tetapi mengambil serius dakwaan yang dibuat sambil mengumumkan undang-undang baru bagi pegawai perubatan yang mentadbir suntikan tersebut.

Si penyuntik kini perlu menunjukkan picagani (syringe) yang diisi dengan vaksin yang sewajarnya untuk diberi kepada individu yang menjalani vaksinasi sebelum suntikan dibuat dan kemudian menunjukkan picagani yang kosong, jelas pihak kementerian.

Sekitar 2 juta penduduk Malaysia telah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sejauh ini. Kerajaan Malaysia menetapkan matlamat mencapai keimunan kelompok dalam kalangan 32 juta penduduk negara ini menjelang akhir tahun ini.

Pihak pengkritik menyatakan program inokulasi di Malaysia perlahan. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg