Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia terima bekalan pertama vaksin Covid-19

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



SEPANG: Sejumlah 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang tiba di Malaysia pagi semalam akan di hantar ke 16 pusat simpanan vaksin di seluruh negara. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata sejumlah vaksin juga dijadualkan tiba di Johor dari Singapura pada 2 petang semalam menggunakan jalan darat.



Sementara di Pulau Pinang dihantar melalui pesawat dan tiba pada 6 petang. Bagi Sabah dan Sarawak kita akan tentukan tarikh penghantarannya dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.



Setelah lebih setahun negara "berperang" dengan pandemik Covid-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini, akhirnya pada pagi semalam, vaksin yang menjadi harapan dalam menangani wabak tersebut bakal 'mendarat' di Malaysia.



Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo) pagi semalam. Perjalanan vaksin ini adalah dari kilang Pfizer di Belgium dengan penerbangan membawa vaksin itu akan berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia



Dengan ketibaan vaksin tersebut, Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan lebih awal.



Selaku antara negara terawal di Asia Tenggara selepas Singapura yang akan menggunakan vaksin berkenaan bagi membentuk imuniti terhadap jangkitan virus Covid-19, harapan lebih besar bagi 32 juta rakyat Malaysia ialah dapat membebaskan diri daripada belenggu penyakit itu, supaya situasi kembali normal.



Penghantaran vaksin dari KLIA ke stor simpanan di Subang sebelum diedarkan ke empat lagi lokasi simpanan lain di seluruh negara dikawal ketat pihak polis.



Laporan lanjut: M'sia bakal mula proses vaksinasi lebih awal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >