Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tidak batas eksport minyak masak

May 26, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, telah menolak sebarang rancangan untuk membataskan eksport minyak masak kerana ia mempunyai bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan tempatan.



Sebaliknya, negara itu akan menumpukan pada menyasarkan subsidi bagi memastikan ia memberi manfaat kepada pengguna yang paling memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah.



"Setakat ini, kami tidak bimbang kerana kami tidak ada masalah kekurangan sama sekali," kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, dalam satu wawancara kelmarin.



"Kebanyakan masa kami mengeksport lebih separuh daripada apa yang kami hasilkan dan kami masih mempunyai lebihan untuk dieksport," katanya dari pejabatnya di Putrajaya.



Negara itu berhasrat mengisi kekurangan dalam pasaran minyak makan yang disebabkan perang Ukraine, serta sekatan eksport Indonesia berkaitan minyak sawit, kata Datuk Zuraida.



Beliau meramalkan pengeluaran minyak sawit Malaysia mungkin meningkat semula kepada 23 juta hingga 25 juta tan metrik pada 2022 berbanding 18.1 juta tan metrik tahun lepas, memandangkan isu kekurangan buruh yang disebabkan pandemik dijangka dapat diselesaikan, dengan pekerja asing dibenarkan kembali ke estet ladang, manakala pekebun kecil meningkatkan produktiviti untuk memanfaatkan harga tinggi.



Keadaan buruh di ladang Malaysia juga berkemungkinan kembali ke tahap prapandemik menjelang Jun kerana isu mengenai pengambilan pekerja asing sedang diatasi, kata Datuk Zuraida, sambil menyatakan hasil pengeluaran minyak sawit diramal meningkat pada separuh kedua tahun ini.



"Semua masalah dari segi aplikasi dan proses pekerja" telah diselesaikan, katanya.



"Semuanya sudah sedia dan kini mengenai pekerja masuk ke negara ini."



Di seluruh dunia, pemerintah telah mengambil tindakan perlindungan makanan untuk melindungi bekalan tempatan dan membendung kenaikan kos makanan, sebahagiannya didorong oleh kejutan bekalan yang disebabkan perang di Ukraine.



Pengeluar terbanyak minyak sawit, Indonesia, baru-baru ini melarang eksport minyak sawit buat sementara waktu, sebelum menggantikannya dengan kuota jualan tempatan selepas golongan petani membantah tindakan larangan itu.



India pula melarang eksport gandum dan gula, sementara Serbia dan Kazakhstan mengenakan kuota ke atas eksport bijirin.



Kerajaan Malaysia sedang menyasarkan subsidi minyak masak kepada golongan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil, kata Datuk Zuraida.



Malaysia selalunya memperuntuk kira-kira 30 peratus daripada keluarannya setiap tahun bagi program subsidi tempatannya, dan mekanisme baru itu mungkin dilancarkan tahun ini selepas ia dimuktamadkan oleh kementerian kewangan, katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >