JOHOR BAHRU: Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata bayaran tol bagi Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) tidak akan dikutip lagi di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar mulai hari ini.

Penghapusan tol itu sejajar pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan belanjawan negaranya baru-baru ini.