Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia timbang inisiatif pinjaman bank 'rahmah' bagi golongan susah

Cadang wujudkan kemudahan pinjaman kenderaan, insurans bantu golongan B40
Mar 17, 2023 | 05:30 AM



SUBANG JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertemu dengan syarikat kewangan termasuk bank tempatan, untuk mencari peluang penawaran inisiatif perbankan bersifat rahmah kepada rakyat yang terkesan dengan cabaran ekonomi hari ini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Rabu.



Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata untuk tujuan itu, beliau sudah bertemu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang memberi pandangan bagaimana usaha itu boleh direalisasi.



Katanya, antara inisiatif rahmah yang boleh diusahakan dengan pihak bank adalah pinjaman khas kepada golongan B40 dan golongan yang memerlukan.



"Selepas kejayaan Menu Rahmah, saya minta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak bank minggu hadapan untuk mendapat kemungkinan kerjasama dengan mereka seperti pertemuan dengan MBSB Bank hari ini, yang sudah merencanakan satu pinjaman istimewa untuk golongan B40.



"Idea itu sudah ada dan apabila ia direalisasikan nanti, kita akan mengadakan satu sesi libat urus bersama, bukan hanya dengan pihak bank tetapi syarikat insurans untuk memberi pertolongan kepada golongan wanita dan belia," katanya selepas melancarkan kempen Klasiknya Raya oleh peruncit dan pemborong terbesar negara, Mydin, di sini hari ini.



Turut hadir adalah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin; dan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib.



Datuk Salahuddin berkata, Tengku Zafrul bersetuju untuk membawa KPDN bertemu wakil bank terkemuka untuk membincangkan inisiatif itu dengan lebih lanjut.



"Beliau sangat positif dengan usaha yang dicadangkan ini, malah bersetuju untuk membantu, seperti mana sebelum ini, beliau sendiri memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah menerusi platform TikTok yang menarik sehingga 5 juta orang untuk menontonnya," katanya.



KPDN, kata Datuk Salahuddin, bercadang mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan pembelian kenderaan dan insurans bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.



Beliau menambah, pihaknya akan mengadakan beberapa libat urus bersama institusi perbankan dan syarikat insurans bagi memperhalusi inisiatif tersebut.



"Insya-Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baru dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka," katanya yang ditukil Bernama selepas merasmikan Kempen Klasiknya Raya di Mydin Subang Jaya, Selangor.



Sementara itu, Datuk Salahuddin mengucapkan penghargaan kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), kerana membantu KPDN menjayakan konsep Payung Rahmah yang dimulakan dengan Menu Rahmah dan kini menampilkan Jualan Rahmah menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya. - BHM.




“Selepas kejayaan Menu Rahmah, saya minta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak bank minggu hadapan untuk mendapat kemungkinan kerjasama dengan mereka seperti pertemuan dengan MBSB Bank hari ini, yang sudah merencanakan satu pinjaman istimewa untuk golongan B40... Insya-Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baru dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka.”



– Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >