Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

M'sia timbang sekat penggunaan air bagi kegiatan tidak penting jelang hadapi cuaca panas

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sekatan ke atas penggunaan air untuk tujuan yang tidak penting mungkin dikenakan apabila Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi cuaca yang lebih kering dan panas dalam beberapa bulan akan datang.



"Orang ramai digalak menjimatkan penggunaan air dalam kegiatan harian ketika cuaca kering, manakala industri dan pengguna komersial juga digalak melaksanakan langkah penjimatan seperti menggunakan air alternatif untuk operasi bukan-potabel.



"Dalam situasi kritikal, sekatan penggunaan air tidak penting mungkin dikenakan jika diperlukan, seperti penyiraman rumput dan taman, selaras Akta Industri Perkhidmatan Air yang mana menteri boleh memberi sekatan penggunaan air ketika kecemasan," kata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan.



NRECC memaklumkan hampir kesemua 24 empangan bekalan air di seluruh Semenanjung dan Labuan merekodkan paras penyimpanan di atas 80 peratus, kecuali Empangan Teluk Bahang, Air Itam di Pulau Pinang, dan Empangan Lebam, Upper Lanyang, dan Sembrong di Johor, serta Empangan Muda di Kedah yang mempunyai bekalan kira-kira 60 peratus.



Dalam keadaan kecemasan, menurutnya, Empangan Mengkuang yang merekodkan penyimpanan air semasa sekitar 90 peratus, dapat mengalirkan air mentah ke loji rawatan air (LRA) Sungai Dua dengan kapasiti rawatan sebanyak 1,228 juta liter sehari. LRA Sungai Dua membekalkan air kepada hampir 80 peratus pengguna di Pulau Pinang.



"Di Johor, Empangan Linggiu yang juga empangan bekalan air terbesar di Semenanjung, telah mencapai penyimpanan 100 peratus untuk mengawal aliran Sungai Johor yang mempunyai tujuh LRA utama.



"Pengurusan situasi kekurangan air ini akan turut membabitkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk aktiviti pembenihan awan," kata NRECC.



Fenomena El Nino sedang dialami Malaysia yang menyebabkan hujan berkurangan, sekali gus berisiko mengakibatkan paras air sungai merosot dan empangan menjadi kering, dijangka berlarutan hingga September.



NRECC berkata, METMalaysia meramalkan negara berdepan El Nino selama lima bulan bermula April.



"Berdasarkan analisis dan pemodelan cuaca METMalaysia, fenomena El Nino yang melanda Malaysia dari April hingga September akan memberi impak negatif kepada Malaysia dengan menyebabkan berkurangnya kuantiti hujan.



"Ketersediaan air adalah isu kritikal, terutama ketika cuaca kering. Kebanyakan kali cuaca kering akan menyebabkan paras air sungai menurun dan empangan menjadi kering. Oleh itu, kuantiti air mentah yang boleh diolah akan berkurangan," katanya.



NRECC memaklumkan, kementerian itu melalui agensinya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah bersiap siaga untuk berdepan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air mentah di serata negara sepanjang tempoh Hari Raya.



Antara langkah diambil ialah memantau semua aras air sungai dan empangan yang membekalkan air mentah ke loji rawatan air selain mengaktifkan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) untuk bekalan air jika paras air sungai serta empangan menjadi terlalu rendah.



Selain itu, katanya, NRECC turut meneroka semua sumber air bagi meningkatkan ketersediaan bekalan air mentah ketika musim kemarau, antaranya mengeksploitasi air bawah tanah atau tasik. - Agensi berita.




AIR SUNGAI KIAN SURUT



Penternak ikan, Encik Nizam Jalil (gambar), dengan seorang pekerja memeriksa sangkar yang rosak di tebing Sungai Pahang, berhampiran Kampung Bangau Parit di Temerloh.



Cuaca panas yang melanda kawasan itu dan beberapa tempat lain di Malaysia telah menyebabkan Sungai Pahang menjadi lebih cetek dan hampir kering di beberapa kawasan.



Keadaan itu telah menyebabkan penternak ikan mengalami kerugian jutaan ringgit apabila sangkar rosak dan hasil ternakan mereka mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >