Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

M'sia ubahsuai Belanjawan 2016

Jan 08, 2016 | 11:02 AM

PUTRAJAYA: Malaysia akan membuat pengubahsuaian pada Belanjawan 2016 seiring dengan perkembangan semasa ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib berkata, pengubahsuaian itu perlu dilakukan dalam bajet tahun ini kerana berlaku banyak perubahan sejak ia dibentangkan Oktober lalu.

Jelasnya, pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga minyak dan komoditi utama selain penguncupan beberapa ekonomi besar dunia seperti China adalah antara faktor yang diberi pertimbangan.

"Bila saya bentangkan Bajet 2016, harga minyak berada pada AS$48 ($68.77) setong tetapi semalam, harganya AS$31.58 ($45.25) setong.

"Justeru, Bajet 2016 perlu menjalani beberapa pengubahsuaian selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

"Saya tidak mahu menggula-gulakan rakyat dengan tidak berpaksikan hakikat sebenar.

"Lebih baik berterus terang dan jujur dalam tanggungjawab membela nasib rakyat...

"Ini bagi memastikan bahawa ia tepat, realisitik dan sesuai dengan keadaan ekonomi yang sedang kita hadapi," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas dengan warga Kementerian Kewangan di sini, pagi tadi.

Datuk Seri Najib bagaimanapun tidak menetapkan tarikh khusus pengubahsuaian tersebut akan dibentangkan tetapi menunjukkan bahawa ia akan dilakukan tidak lama lagi.

Perubahan itu merangkumi langkah-langkah tambahan yang akan diambil untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Datuk Seri Najib memberi jaminan walaupun pengubahsuaian Bajet 2016 perlu dilakukan, kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan. - BHM, mStar Online

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian