M'sia umum VEP 'bila masa sesuai', nafi laporan laksana 16 Julai, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

M'sia umum VEP 'bila masa sesuai', nafi laporan laksana 16 Julai

Jul 21, 2016 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) berkata ia akan mengumumkan permulaan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan kadar bayarannya ke atas kereta Singapura pada "masa sesuai", sekali gus menyangkal laporan sebelum ini yang menyatakan sistem itu akan bermula Sabtu lepas.

Sebagai respons kepada pertanyaan media, MOT berkata "notis lebih daripada mencukupi" akan diberi mengenai bila bayaran RM20 ($6.80) yang dicadangkan akan dikenakan ke atas kenderaan asing yang memasuki Malaysia.

Kenderaan komersial dan motosikal akan dikecualikan.

VEP - yang juga memerlukan kereta Singapura berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sebelum masuk - disasarkan bermula seawal Oktober lalu, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan beberapa kali.

Akhbar New Straits Times Malaysia melaporkan kelmarin walaupun sistem itu dirancang dilancar Sabtu lalu, ia ditangguh disebabkan satu "masalah teknikal".

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini kerana pihak berkuasa sedang menguruskan "isu-isu integrasi" bagi membolehkan pengguna jalan raya membayar tol sedia ada dan bayaran VEP bersama, dengan mengimbas CashCard mereka sekali sahaja.

Kementerian itu berkata: "MOT dan JPJ sedang menjalankan ujian sistem untuk memastikan pelaksanaan licin dan lancar."

Ia menambah bahawa kira-kira 144,000 kenderaan telah didaftarkan untuk VEP. Pemandu kenderaan Singapura yang belum berdaftar selepas VEP dilaksana harus berbuat demikian di kaunter pusat pemeriksaan di Tambak Johor di Johor Bahru dan lintasan Link Kedua. - NST.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map