KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sekali lagi berkumpul di Menara Dato Onn malam ini (29 Okt), bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Laman media Astro AWANI difahamkan bahawa mesyuarat khas ini akan membincangkan secara terperinci mengenai calon yang paling sesuai untuk dicadangkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sumber memaklumkan bahawa antara tiga nama yang dicadangkan, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam Kabinet itu.

Nama lain yang disebut-sebut ialah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; bekas Naib Presiden Umno; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dan nama yang terbaharu ialah Ahmad Zahid sendiri. - Astro AWANI