Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mudik Raya: Jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang Indonesia sesak

Apr 20, 2023 | 5:05 PM
MAHU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN: Penumpang sedang menunggu bas di Jakarta untuk pulang ke kampung halaman mereka, perjalanan yang dikenali sebagai mudik, menjelang sambutan Aidilfitri di Indonesia.
MAHU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN: Penumpang sedang menunggu bas di Jakarta untuk pulang ke kampung halaman mereka, perjalanan yang dikenali sebagai mudik, menjelang sambutan Aidilfitri di Indonesia. - - Foto REUTERS

JAKARTA: Menggunakan motosikal, kereta, bas, kapal terbang atau dengan bot, jutaan rakyat Indonesia menuju ke kampung halaman mereka menjelang cuti tahunan Aidilfitri yang mencapai kemuncak pada Khamis. Pelabuhan dan jalan tol utama penuh sesak, manakala lapangan terbang dan terminal bas juga penuh dengan pengembara yang tidak sabar-sabar mahu bertemu semula dengan keluarga mereka. Tahun ini merupakan mudik pertama berskala besar - perjalanan tahun pulang ke kediaman asal - sejak sekatan Covid-19 ditiadakan pada penghujung 2022 di negara dengan majoriti penduduk Islam yang paling ramai di dunia. Kementerian pengangkutan Indonesia menganggarkan sehingga 123 juta orang melakukan perjalanan mudik itu sempena Aidilfitri pada 2023, meningkat daripada 85 juta yang dianggarkan melakukan perjalanan itu pada 2022. Kira-kira 18 juta orang diramalkan meninggalkan kawasan besar Jakarta sahaja, dan terpaksa mengharungi lintas berjam-jam atau lapangan terbang dan pelabuhan yang sesak untuk menyambut akhir Ramadan bersama keluarga. Pihak berkuasa telah secara sementara menjadikan beberapa lebuh raya yang meninggalkan ibu kota itu jalan sehala sebagai cara mengurangkan kesesakan. "Saya gembira dapat bertemu ibu bapa saya selepas beberapa ketika tidak bertemu dan dapat menunaikan solat Hari Raya bersama-sama," kata Encik Muhammad Naufal Vadina kepada AFP. Kira-kira 500 penduduk pula menikmati peluang yang jarang berlaku - belayar menaiki kapal perang tentera laut Indonesia, yang meninggalkan Jakarta pada Selasa dalam perjalanan yang termasuk perhentian di Semarang di Jawa Tengah dan Surabaya di timur pulau itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg