Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Mudik Raya: Jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang Indonesia sesak

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Menggunakan motosikal, kereta, bas, kapal terbang atau dengan bot, jutaan rakyat Indonesia menuju ke kampung halaman mereka menjelang cuti tahunan Aidilfitri yang mencapai kemuncak pada Khamis.



Pelabuhan dan jalan tol utama penuh sesak, manakala lapangan terbang dan terminal bas juga penuh dengan pengembara yang tidak sabar-sabar mahu bertemu semula dengan keluarga mereka.



Tahun ini merupakan mudik pertama berskala besar - perjalanan tahun pulang ke kediaman asal - sejak sekatan Covid-19 ditiadakan pada penghujung 2022 di negara dengan majoriti penduduk Islam yang paling ramai di dunia.



Kementerian pengangkutan Indonesia menganggarkan sehingga 123 juta orang melakukan perjalanan mudik itu sempena Aidilfitri pada 2023, meningkat daripada 85 juta yang dianggarkan melakukan perjalanan itu pada 2022.



Kira-kira 18 juta orang diramalkan meninggalkan kawasan besar Jakarta sahaja, dan terpaksa mengharungi lintas berjam-jam atau lapangan terbang dan pelabuhan yang sesak untuk menyambut akhir Ramadan bersama keluarga.



Pihak berkuasa telah secara sementara menjadikan beberapa lebuh raya yang meninggalkan ibu kota itu jalan sehala sebagai cara mengurangkan kesesakan.



"Saya gembira dapat bertemu ibu bapa saya selepas beberapa ketika tidak bertemu dan dapat menunaikan solat Hari Raya bersama-sama," kata Encik Muhammad Naufal Vadina kepada AFP.



Beliau sedang berehat semasa dalam perjalanan yang sejauh lebih 350 kilometer dari Tangerang di pinggir barat Jakarta ke kampung halaman isterinya di Jawa Tengah.



Kira-kira 500 penduduk pula menikmati peluang yang jarang berlaku - belayar menaiki kapal perang tentera laut Indonesia, yang meninggalkan Jakarta pada Selasa dalam perjalanan yang termasuk perhentian di Semarang di Jawa Tengah dan Surabaya di timur pulau itu.



"Kami menemukan di Instagram bahawa tentera laut mempunyai program mudik percuma menggunakan kapal perang.



"Ini kali pertama kami melakukan perjalanan sebegini," kata Cik Nurul Febryanti, penumpang berusia 33 tahun.



"Ia menyeronokkan bagi kami kerana kami disediakan bilik kerana kami membawa anak-anak. Pegawai tentera laut baik dan mesra," kata Cik Febryanti.



Masa lama yang dihabiskan dalam mengharungi lalu lintas tidak menghalang ramai orang daripada membuat perjalanan tahunan itu kerana mereka tidak sabar mahu bertemu semula dengan orang tersayang selepas wabak Covid-19 itu.



"Bagi saya, mudik dan Aidilfitri adalah sebab saya bekerja untuk mencari wang.



"Jadi rasanya kurang bermakna jika saya tidak menyambut hari raya di kampung halaman," kata Cik Rahayu Agustini, 29 tahun, yang dalam perjalanan bersama saudara ke kampung halamannya di Jawa Barat.



"Walaupun ia meletihkan, saya tetap bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang merasai pengalaman mudik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >