Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muflis, pornografi, judi 'jerat' belia M'sia

May 22, 2023 | 5:30 AM
ad8cf7e6-5391-4b86-b02a-76ddc914dd93
-

KUALA LUMPUR: KEMUFLISAN adalah isu paling mendesak yang melanda golongan muda Malaysia hari ini, bertentangan dengan kepercayaan popular bahawa penyalahgunaan dadah adalah kebimbangan utama dalam kalangan belia, kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Cik Hannah Yeoh.

Beliau berkata ketagihan pornografi dan perjudian dalam talian masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, dalam senarai masalah sosial yang memberi kesan kepada demografi itu.

"Isu sosial nombor satu yang memberi kesan kepada belia sekarang ialah muflis," kata beliau dalam ucaptama pada majlis pelancaran Pameran Kerjaya Graduan Aspirasi 2023 di Pusat Konvensyen KL.

Cik Yeoh seterusnya berkata pelbagai faktor, termasuk hutang kad kredit, pinjaman peribadi, dan perbelanjaan sebelum memperoleh pendapatan, telah menyumbang kepada sejumlah besar golongan muda diisytiharkan muflis.

Beliau menekankan kepentingan menangani isu-isu ini untuk mengelakkan masalah kewangan yang lebih teruk dalam kalangan belia.

Mengenai perkara lain, Cik Yeoh turut menyeru majikan untuk menyediakan pengaturan kerja berbeza bagi menampung keperluan berbeza-beza dan tanggungjawab keluarga pekerja mereka.

Beliau menyatakan bahawa golongan muda hari ini sering mempunyai pelbagai peranan, termasuk menjadi ibu bapa atau penjaga ibu bapa mereka sendiri.

Akibatnya, pengaturan kerja fleksibel adalah penting bagi mereka untuk memenuhi kewajipan mereka dengan berkesan.

"Mereka mungkin perlu mengambil cuti bukan untuk tujuan bercuti, tetapi untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan keluarga mereka.

"Oleh itu, majikan harus mengambil kira faktor-faktor ini," tambahnya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg