Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mufti Besar Saudi: Dirikan solat tarawih, Aidil Fitri di rumah jika wabak Covid-19 berterusan

Apr 17, 2020 | 9:26 PM
LENGANG: Keadaan di Masjidil Haram kelihatan lengang pada 3 April 2020. - FOTO: AFP
LENGANG: Keadaan di Masjidil Haram kelihatan lengang pada 3 April 2020. - FOTO: AFP -

MUFTI Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh berkata solat tarawih sewaktu bulan Ramadan dan solat Aidil Fitri seharusnya didirikan di rumah sekiranya wabak virus Covid-19 ini berterusan, lapor akhbar Okaz negara itu pada Jumaat (17 April).

"Solat tarawih pada setiap malam Ramadan boleh didirkan di rumah sekiranya tidak boleh dilakukan di masjid ekoran langkah berjaga-jaga yang diterapkan untuk mencegah penyebaran koronavirus," kata beliau sambil menambah bahawa aturan yang sama juga boleh dilaksanakan bagi solat Aidil Fitri.

Umat Islam dijangka menyambut Ramadan Jumaat depan.

Kerajaan Arab Saudi telah menghalang orang ramai daripada mendirikan solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid setempat sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengehadkan penyebaran virus itu.

Pada Khamis (16 April), Masjid Nabawi di kota Madinah berkata ia akan melarang semua acara menawarkan jamuan makanan kepada golongan memerlukan untuk berbuka puasa di masjid itu.

Sehingga kini, negara itu telah melaporkan 6,380 kes jangkitan Covid-19 dan seramai 83 orang terkorban. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg