Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama dijangka tetap tarikh Ramadan yang sama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama dijangka tetap tarikh Ramadan yang sama

Jun 15, 2015 | 3:25 PM

Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama dijangka tetap tarikh Ramadan yang sama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

JAKARTA: Selepas tiga tahun berturut-turut umat Islam Indonesia berpuasa dan menyambut hari raya pada hari berbeza, peluang untuk mereka melakukannya secara serentak mungkin berlaku kali ini.

Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar negara itu menetapkan hari pertama Ramadan kali ini ialah pada Khamis ini.

Berdasarkan kalendar Hijrah yang diterbitkan pertubuhan itu, 1 Ramadan akan jatuh pada 18 Jun sementara 1 Syawal pada Jumaat 17 Julai depan.

Sementara itu, pemerintah Indonesia dan Nahdlatul Ulama (NU) masih menunggu hasil sidang isbat.

Penentuan tarikh itu berdasarkan kiraan apa yang dinamakannya "hisab hakiki wujudul hilal" yang dilakukan oleh Majlis Tarijh dan Tajdid Pimpinan Pusat Muhammadiyah.

Walaupun NU, pertubuhan Islam terbesar di Indonesia yang menggunakan cara penentuan yang berbeza, Ketua Lajnah Falakiahnya, Dr Abd Salam Nawawi membayangkan kemungkinan besar kumpulan itu juga akan memulakan puasa Khamis ini dan menyambut 1 Syawal pada 17 Julai depan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg